DEFINISI MIKROORGANISMA
#(daripada Greek:mikros, "kecil" dan organismos, "organisma") atau mikrob ialah organisma yang seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar.Ia hanya dapat diihat dengan mikroskop.
#Mikroorganisma termasuklah bakteria ,fungus,protozoa,riketsia dan virus.
KLASIFIKASI DAN CIRI-CIRI MIKROORGANISMA
struktur mikroorganisma
#mikroorganisma boleh hidup sebagai sel tunggal(unisel) atau sekelompok sel(multisel)
#didapati semua organisma mempunyai sel mikroorganisma dan boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
1.Procaryotes/prokariot
#mikroorganisma jenis ini dapat dikelaskan kepada satu kumpulan yang luas iaitu bakteria.
#terdiri dari :
-dinding sel
-membran sel
-ribosom
-bahagian nukleus
-flagella/flagelum
-pilus
-kapsul
-mesosom
-spora
-sitoplasma
2.Eukaryotes/eukariot
#Ia terdiri daripada tumbuhan, haiwan,manusia,alga,kulat dan protozoa.
#berasal dari perkataan eu iaitu true dan karyotes iaitu nut/nukleus
#terdiri daripada:
-nukleus
-organel
-dinding sel
-membran sel
-flagelum
-retikulum endoplasma
-sitoplasma
http://www.youtube.com/watch?v=yWy4o_UfZ4A
by:ct hasniza 001452
Sunday, 31 July 2011
Wednesday, 27 July 2011
what is microbiology
Mikrobiologi adalah sebuah cabang dari ilmu biologi yang mempelajari miroorganisme. Objek kajiannya biasanya adalah semua makhluk (hidup) yang perlu dilihat dengan mikroskop, khususnya bakteria, fungi, alga dan protozoa. Virus sering juga dimasukkan walaupun sebenarnya tidak sepenuhnya dapat dianggap sebagai makhluk hidup.
Mikrobiologi mula menjadi bidang yang sangat penting dalam biologi setelah Louis Pasteur dapat menjelaskan proses fermentasi anggur (wine) dan membuat serum rabies. Perkembangan biologi yang pesat pada abad ke 19 terutama dialami pada bidang ini dan memberikan landasan untuk bidang penting lain (biokimia).
Penerapan mikrobiologi pada masa kini masuk dalam pelbagai bidang dan tidak dapat dipisahkan dari cabang lain kerana mikrobiologi juga diperlukan dalam bidang farmasi, kedoktoran, pertanian, ilmu gizi, teknik kimia, bahkan hingga astrobiologi dan arkeologi.
Terbahagi kepada 3 bahagian :
- Mikrobiologi am - jenis-jenis mikroorganisma, fisiologi, genetik, pertumbuhan dan pengawalan.
- Mikrobiologi perubatan - mengenai perhubungan perumah, parasit, imunologi, epidemiologi, penyakit-penyakit berjangkit
- Mikrobiologi persekitaran - mengenai ekologi, mikrobiologi air dan makanan penggunaannya didalam pertanian dan perindustrian.
Sejarah hidup mikrobiologi pula terbahagi kepada 3 bahagian :
- Sebelum tahun 1865 - waktu dimana berlakunya pengumpulan pengetahuan mengenai mikroba adalah lambat.
- Tahun 1865 - 1882 - tempoh perjumpaan yang membawa kepada perkembangan selanjutnya.
- Dari tahun 1882 dan seterusnya - perkembangan yang cepat mengenai maklumat mikroba.
Saintis yang menyumbang eksperimen dalam sejarah perubatan sebelum tahun 1865
- ANTHONY VAN LEEWENHOEK - mencipta mikroskop, adanya kehidupan dalam setitis air danau dengan menggunakan lensa gelas > "Animacules" (sekarang protozoa & bakteria) dalam berbagai bentuk, ukuran dan warna. Kesimpulannya ialah sel-sel hidup berasal dari benih (germ).
- EDWARD JENNER - pakar perubatan Inggeris sedar penternak binatang yang telah mengidap cow pox (cacar lembu) tidak mudah mengidap "small pox" dan mengkaji perkembangan penanaman cacar (vaccination) bagi mencegah penyakit cacar.
Anthony Van Leewenhoek |
Saintis pada sejarah perubatan 1865 - 1882
- LOUIS PASTEUR- mengkaji mikroba yang berterbangan di udara menyebabkan pembiakannya dan demonstrasi dilakukan ialah peragian arak (alkohol) yang boleh menimbulkan tindakan mikroorganisma.- percubaannya pada buah labu yang dipanaskan tetapi tiada pertumbuhan jasad renik (mikroorganisma).- manakala labu yang dibuka dan dibiarkan terkontaminasi udara terjadinya pertumbuhan.- teori fermentasi dan pencegahan penyakit antraks dan rabies.PASTEURIZATION- perkembangan cara memasak arak untuk membunuh mikrob tanpa menukar rasa arak.
- JOSEPH LISTER- mula menggunakan antiseptik dalam pembedahan.- dikenali sebagai bapa pembedahan yang menggunakan racun/antiseptik untuk menahan kuman.
- ROBERT KOCH- menemukan bakteria penyebab penyakit cholera, TB dan penggunaan ujian Tuberculin
Saintis pada tahun 1882 sehingga selanjutnya
- pengetahuan dari penemuan lalu mendorong ahli sains menyelidik dengan lanjut dan membawa pengertian yang lebih baik dan kawalan penyakit dengan lebih sempurna.
- pada tahun 1990- mikroba penyebab penyakit ialah bacillus anthracis, shigella dysentriae dan salmonella typhosa.
- penemuan virus- Iwanowsky dan Beyenrick > virus mosaik tembakau- Loffler dan Frosch > virus penyebab foot and mouth disease pada ternak.- Walter Reed dkk. > virus yellow fever pada manusia.- Twort dan d'Herelle > virus kuman atau bakteriofaga.
- penemuan terapi- Domagk > prontosil untuk infeksi streptokokus.- Alexander Fleming > penicilin- Florey dan Chain > penicilin untuk pengubatan.
- negatif terapi- resistensi mikrob terhadap antibiotik- reaksi alergi- gangguan pada normal ecologic flora pada tubuh manusia.
- perkembangan- bakteriologi- imunologi- virologi- mikologi- parasitologi
Kepentingan Mikrobiologi :
- memberi pengertian yang lebih baik tentang penyebab penyakit.
- membaiki cara rawatan untuk mencegah jangkitan silang
- mencegah rebakan penyakit dan program rawatan yang berkesan dapat diwujudkan
- mirob dapat digunakan dalam pembuatan makanan seperti roti, yogurt
- dianggap sebagai satu bidang sains gunaan
- berperanan penting dalam industri farmasi dan industri pemakanan dan bioteknologi.
Saturday, 23 July 2011
seucap kata
assigment dari Miss Izzah Nadiah Abdul Mokti untuk buat blog dan di update every week oleh semua ahli for every group .. kami mewakili subjek Microbiology and Parasitology akan memberi yang terbaik untuk kejayaan kita bersama .. every week seorang ahli akan update a little bit of what we've learn tentang subjek ini .. namun jika ada salah dan silap harap diberi tunjuk ajar .. hopefully kita dapat manfaat untuk kejayaan kita bersama .. btw thanks a bunch to Miss Izzah
Subscribe to:
Posts (Atom)